merisik secara gentleman

maaf. bukan saya yang dirisik tapi adik ipar saya, fatehah. saya tak perlu dirisik sebab i dah ada daling i sendiri. ehe. dua beradik kembar datang ke rumah tadi untuk merisik fatehah. bukan ada apa2 pun. saja datang nak kenal bakal abang2 ipar dan kakak2 ipar. manis orang nya walaupun tidak sehensem mana. :) bagus la. sorang nama faizal, lagi sorang nama faizul. sorang belajar bahagian usuluddin, sorang lagi ambil kursus dakwah. kedua mereka dan fatehah belajar di kolej sama. kolej islam sultan ismail (KIAS), nilam puri, kelantan.

bila difikirkan, mereka ni gentleman la juga sebab datang walaupun berdua. daling saya pergi sorang je dulu. maknanya daling saya super gentleman la kan? ihiks! pertama kali jumpa terus jatuh cinta pandang pertama, lawak plak ingat masa tu. ahaks!

daling saya cakap: teragak2 nak singgah sebab ingatkan melayu, ni ntah tok pek (panggilan orang kelantan kepada orang cina) mana yang terkebil2 sedang menunggu depan rumah. ehe.

gambar: real gentleman. sila jangan tiru sikap tidak gentleman seperti ini.

wordpress 2.6.1

sudah pun keluar - wordpress 2.6.1. sila upgrade. kepada sesiapa yang masih terhegeh2 nak upgrade, ada cara yang senang disediakan. guna saja plugin automatic upgrade. senang kerja. :)

kembali update

dalam kesibukan sehari2 sebagai seorang manusia dan hamba Allah, kita tidak terlepas daripada tidak update blog. jadi, hari ini saya update. :D

happy birthday to me…

hari ini 8.8.8. walaupun harijadi saya disambut semalam(7.8.8), saya tetap nak ucap hari ni juga - sebab hari ini tarikhnya special sikit. jadi, saya harap saya boleh buat sesuatu yang istimewa hari ni. :) selamat untuk saya, selamat untuk semua.

selamat hari lahir untuk nikshikin. terima kasih untuk suami tercinta kerana menganjurkan party untuk si isteri. tenkiu. :)

terlambat update ke wordpress 2.6 :(

salam dan selamat sejahtera,

sedikit sibuk dengan urusan harian dan keluarga membuatkan saya tidak sempat untuk upgrade ke wordpress 2.6. jika tiada plugin wordpress automatic upgrade, nampak gaya selamanya lah saya akan pakai wordpress 2.5. hehe. terima kasih kepada techie buzz. tanpa mereka, memang kita semua akan susah hati. betul bukan? :)

cuci cuci

hari ini hari cuti. seawal pukul 9 pagi, papa hannan dah keluar buka kedai beliau. belum sempat tunggu hannan bangun. katanya, “hari lain aku tokey, hari ni hari aku jadi kuli sendiri, tralala…”, kata beliau dengan girang pagi tadi. papa hannan keluar berseluar pendek je, macam tokey cina. ehe. saya pun lupa nak pesan nasi. terpaksa la makan biskut cicah teh ‘o’ je. kang cakap, kena maki pula tak bagitahu awal2. beliau ada cakap yang beliau garang bukan? ehe.

jadi, saya memulakan kerja hari cuti - cuci rumah. dulu saya cuci seorang diri. sekarang ada hannan menemani. yang lucunya, hannan suka sangat berebut penyapu dengan saya. bila saya tolak sofa untuk sapu bahagian bawahnya, macam2 benda jupa. pin boling plastik antaranya. ehe. dalam banyak2 benda, satu benda je yang tak boleh usik. penyepit baju! hannan aku lebih dahulu mengambilnya (dia juga yang letak) sambil mulutnya bising mengomel, “pik, pik, pik”. buudak ni. hehe.

sudah bebas

datuk seri anwar ibrahim sudah dibebaskan dari tahanan reman dengan ikat jamin. tak pasal2 kena bayar pula ye? oh.

anwar ditangkap (lagi)

dato’ seri anwar ibrahim sudah selamat ditangkap oleh polis. khabar angin yang mengatakan anwar akan ditangkap adalah benar. semoga sejarah lepas tidak akan berulang. bak kata sloone, may the truth save us all. entah lah apa nak jadi.

gambar via

burung2 berterbangan

walaupun gambar yang saya beri nama sebagai burung berterbangan ini berformat .gif, suka saya letakkan ianya di bawah kategori fotografi. tak salah kan? boleh lah dinamakan sebagai fotografi bergerak instead. entah lah. boleh kot. ehe.

keputusan debat antara anwar ibrahim dan shabery cheek

i’m not a political-oriented person. but i do love to follow what the hell is going on now. jadi tidak perlulah saya tulis semula isi debat tersebut. sudah ramai yang menulisnya. baca saja lah. ehe.

*masih terasa sedikit geli dengan buih di mulut shabery cheek. eii..

baca tentang debat tersebut di blog noktahhitam | rockybru | malaysia insider | chanlilian | rohaizad dan anak merdeka.

antara scene yang saya suka. klik untuk lebih scene di blog [knizam]

wordpress 2.6

pengumuman

sedar tak sedar, wordpress 2.6 sudah pun available untuk download. sila upgrade wordpress anda - saya entah bila berkesempatan. ehe.

[upgrade] klik untuk plugin [wordpress automatic upgrade]

malam ini: debat harga minyak

salam dan selamat sejahtera,

pengumuman untuk yang tidak tahu. malam ini ada siaran debat antara datuk seri anwar ibrahim dan datuk ahmad shabery cheek. ianya akan ditayangkan di tv9 dan astro awani tepat jam 9 malam. mesti rating rancangan ini akan mencanak naik. kanak2 atau mak ayah ribena yang nak melayan cartoon network atau disney channel mungkin terpaksa tidur awal sebab siaran tv malam ini mungkin milik orang dewasa yang berminat nak tahu perkembangan politik tanah air. jangan pula rancangan ini ditayangkan sekerat jalan pula ye. ehe.

gambar via

« Older Entries